1.24.2009

Palanivel: Tubuh jawatankuasa siasatan bebas-Malaysiakini

0 comments

MIC mahu jawatankuasa bebas yang dianggotai tokoh terkemuka menyiasat kematian A Kugan semasa dalam tahanan polis, manakala MCA mahu bedah siasat kali kedua dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian pemuda itu.

Kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu mahu polis mengambil tindakan segera bagi menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti di pihak kerajaan.

Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata langkah telus di pihak kerajaan akan dapat memulihkan keyakinan rakyat terhadap polis, lapor Bernama.

Beliau berkata parti itu mahu kerajaan menubuhkan jawatankuasa bebas yang dianggotai tokokh terkemuka untuk menyiasat kematian pemuda berusia 22 tahun itu semasa dalam tahanan polis.

"Jawatankuasa itu perlu diberikan kuasa untuk mengkaji seluruh prosedur lokap dan rakaman kamera litar tertutup yang ada (dalam lokap)," katanya di ibunegara hari ini.

Manakala ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Wong Nai Chee dalam kenyataan berkata bedah siasat kali kedua patut dilakukan secara profesional untuk mengenal pasti punca sebenar kematian itu.

Beliau berkata MCA amat terkejut dengan tahap kecederaan yang dialami Kugan yang didakwa terjatuh dan meninggal dunia semasa dalam tahanan polis.

"Kami menggesa (Menteri Dalam Negeri) Datuk Seri Syed Hamid Albar dan (Ketua Polis Negara) Tan Sri Musa Hassan untuk mengambil tindakan segera (terhadap dalang yang bertanggungjawab).

"Berikutan orang ramai sukar untuk menerima alasan (bagi kematian Kugan) diberikan Ketua Polis Selangor (Datuk Khalid Abu Bakar) bahawa Kugan mati akibat kesukaran bernafas, penyiasatan perlu dilakukan dengan telus," kata Wong yang juga Ketua Biro Hal Ehwal Undang-undang dan Penyelidikan Parlimen Pemuda MCA.

Katanya parti itu menyambut baik keputusan Abdul Gani untuk menukar klasifikasi kes itu sebagai kes bunuh.

CINTA VS SUKA..

0 comments
Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.


________________________________________

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

1.23.2009

KISAH SUPARJO & ISTERINYA

0 comments
Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang , Indon. Bulan ni dia tak dapat kirim wang utk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat yg isinya demikian:

Isteriku tercinta,

Maafkan kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah. Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.

paling cinta, Kanda Suparjo

Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya

Kanda Suparjo tersayang,

Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:

Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.

Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.

Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.

Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.

Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3 bulan tertunggak.

Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.

Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman. Kanda tersayang.. bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.

Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??

Paling sayang,

dari Dinda Suti Nirwingsih

... .gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!!

K'jaan S'gor akan siasat dokumen 'bocor'-Malaysiakini

0 comments

Kerajaan negeri Selangor akan menyiasat mengenai kesahihan dokumen-dokumen yang diperolehi oleh pihak-pihak yang membuat dakwaan bahawa dana kerajaan negeri digunakan untuk membeli 46 ekor lembu korban yang disumbangkan kepada masjid dan surau di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.

"Kerajaan negeri juga bimbang dengan kesahihan dokumen-dokumen yang diperolehi oleh pihak-pihak yang membuat tuduhan liar ini," kata Setiausaha Politik kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Demi ketelusan dan kebertanggungjawaban, pejabat menteri besar akan menyiasata tentang kesahihan dokumen tersebut serta asal dokumen tersebut diperolehi," katanya dalam satu kenyataan.

khir toyo pc on selangor corruption 220109 01Semalam, ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa menerima salinan surat mengenai arahan dari pejabat menteri besar Selangor berhubung pembelian 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak ketika Hari Raya Korban Disember lalu.

Menteri Besar, Abdul Khalid juga merupakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Semalam, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Khalid kerana didakwanya menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

Dalam laporannya, Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa Abdul Khalid membeli lembu tersebut pada harga RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri.

Buruk reputasi


Bagaimanapun, semalam Abdul Khalid telah menafikan dakwaan tersebut dan berkata tidak menggunakan sebarang dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

Dalam kenyataan hari ini, Nik Nazmi berkata, kekeliruan yang timbul akibat laporan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburuk-burukkan reputasi kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

Namun, katanya, kerajaan negeri, khususnya menteri besar, tidak akan tunduk kepada "serangan politik murahan dan akan terus komited dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor.

Nik Nazmi juga mengulangi bahawa tiada dana kerajaan negeri digunakan untuk membeli 46 lembu korban bagi kawasan Bandar Tun Razak.

Sebaliknya, kata beliau, lembu-lembu itu diderma oleh enam anak syarikat dan syarikat bersekutu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), iaitu:

bullet button Selangor Industrial Corporation Berhad (SIC) - lima ekor bernilai RM12,000.

bullet buttonSelaman Sdn Bhd - 10 ekor bernilai RM24,000.

bullet button Damansara Impian Sdn Bhd - enam ekor bernilai RM14,400.

bullet button Pembinaan K K Wong Sdn Bhd - 10 ekor bernilai RM24,000.

bullet buttonPKNS Infra Berhad - lima ekor bernilai RM12,000.


bullet button Mas Ehsan Develompment Sdn Bhd - 10 ekor bernilai RM24,000.

bullet button PKNS Engineering & Construction Berhad - lima ekor bernilai RM12,000.

Tiada arahan MB

Nik Nazmi berkata, kerajaan juga telah dimaklumkan oleh PKNS bahawa SIC Berhad telah membayar RM110,000 kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang membekal lembu korban itu.

"Syarikat (tersebut) kemudiannya menghadar 'debit note' kepada enam syarikat yang lain untuk bayaran.

"Tiada arahan dari menteri besar kepada PKNS atau SIC Berhad untuk menderma lembu korban ke kawasan Bandar Tun Razak.

"Hanya selepas keputusan dibuat untuk menderma lembu di kawasan Bandar Tun Razak, PKNS telah memaklumkan bahawa terdapat beberapa syarikat yang ingin menderma lembu bagi tujuan kegunaan sempena Hari Raya Korban," katanya.

Menurut Nik Nazmi, semua perancangan awal menderma lembu korban itu dibuat di peringkat PKNS dan syarikat-syarikat terbabit tanpa melibatkan mana-mana penggunaan dana kerajaan negeri ataupun atas arahan menteri besar atau pegawai-pegawainya.

1.17.2009

CHIKUNGUNYA

0 comments
Sori kwn2 semua sbb lame xupdate blog ni..aku kne demam chikungunya..dah 3 hari..jd aku malas nk update..badan aku sakit semua..kjap panas kjap sejuk..ni baru ok sikit..

Ape tu Chikungunya???

Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam. Chikungunya tidak menyebabkan kematian dan adalah ’self-limiting’ ataupun sembuh dengan sendiri. Pesakit cuma memerlukan rawatan simptomatik dan rehat secukupnya, namun gejala sakit sendi boleh berlarutan bagi pesakit yang telah berumur. Rawatan hospital hanyalah untuk keadaan tertentu sahaja. Pesakit kebiasaannya memperoleh imuniti sepanjang hayat. Sepertimana jangkitan virus lain, tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Cara paling berkesan untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kita.

jadi berhati-hatilah korang semue dgn chikungunya ni..mmg sekse kalau kne..

1.15.2009

Pro-Aspirasi kekal di UKM, tapi kerusi merosot-Malaysiakini

0 comments
Kumpulan pro-Aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengekalkan penguasaannya dalam pilihanraya kampus universiti berkenaan apabila menang 21 daripada 34 kerusi yang dipertandingkan.

Sumber-sumber pentadbiran UKM memberitahu, calon kumpulan yang cenderung kepada kerajaan itu menang lapan kerusi umum dan 13 kerusi fakulti yang dipertandingkan.

Pilihanraya kampus di UKM mempertanding 23 kerusi fakulti dan 11 kerusi umum.

Sebuah lagi kerusi di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina masih tertangguh ekoran pembatalan kemenangan awal calon pro-Mahasiswa kerana didapati tidak memenuhi syarat layak bertanding.

Urusetia pilihanraya UKM dilaporkan membatalkan kemenangan tanpa bertanding seorang calon Norliana Yusak selepas penamaan calon Khamis minggu lalu.



Bagaimanapun, berdasarkan jumlah kerusi yang diperoleh pro-Aspirasi, ia jelas menunjukkan kemerosotan penguasaan kumpulan itu di universiti berkenaan.

Tahun lalu, pro-Aspirasi menang besar apabila berjaya di 30 kerusi yang dipertandingkan. Kumpulan itu hanya tewas empat kerusi sahaja.

Pengundian berjalan lancar

Keputusan penuh pilihanraya UKM diumumkan pada jam 11.30 malam tadi di dataran Pusat Komputer universiti itu oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Prof Datuk Dr Mohamad Abdul Razak.

Malaysiakini difahamkan, kira-kira 100 penyokong pro-Aspirasi dan 200 penyokong pro-Mahasiswa berpakaian ungu setia menunggu sehingga tengah malam tadi untuk mendengar pengumuman dibuat.

Kira-kira 30 pengawal keselamatan pula mengawal keadaan bagi memastikan kelancaran proses pengiraan undi.

Seramai 12,784 calon atau 77.34 peratus daripada 16,426 yang layak mengundi, menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu.

Sementara itu, ketua jentera pilihanraya kampus pro-Aspirasi, Shahrulnizam Samsuddin berkata, kemenangan itu sudah dijangkakan.

Bagaimanapun, berdasarkan kemerosotan jumlah kerusi, pihaknya tidak menafikan pengaruh kumpulan musuh tradisi mereka semakin melebar.

Pengundian bermula jam 9 pagi dan akan tamat jam 5 petang semalam. Selepas itu, kertas undi dikira di fakulti sebelum disatukan jumlahnya di Pusat Komputer UKM.

1.14.2009

GGMM TARIK BALIK SAMAN-Malaysiakini

2 comments
Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) telah menarik balik samannya terhadap kerajaan Pulau Pinang berhubung penggunaan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown.

GMMM memfailkan notis penarikan balik saman itu Selasa lalu. Ia memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 4 November lalu.

Peguam GGMM, Khairul Azam Abdul Aziz berkata keputusan itu dibuat kerana masalah kewangan ekoran kegagalan pihak mengumpul dana yang mencukupi bagi membiayai kos mengambil tindakan undang-undang itu.

Sebelum ini, kerajaan negeri dilaporkan telah melantik sekumpulan 10 penang mutilinggual road sign street sign 241108peguam berprofail tinggi untuk mengendalikan kes tersebut.



Ditanya mengenai perkara itu, Khairul Azam, pelantikan peguam-peguam tersebut tiada kaitan dengan punca GGMM menarik balik samannya.

Beliau mengulangi ia semata-mata atas sebab kewangan.

Bagaimanapun, katanya, jika selepas ini ada pihak yang mahu menyumbang bantuan kewangan, GGMM bersedia memfailkan semula saman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ditanya mengenai kurangnya pihak yang bersedia menyumbang kepada GGMM untuk membiayai kes tersebut, Khairul berkata, ia mungkin perkara itu belum cukup menyentuh emosi orang Melayu.

"Ini kerana mereka tidak dapat melihat air mata kami," tambahnya.

Dalam writ saman yang difailkan pada 4 November lalu, gabungan itu memohon mahkamah mengeluarkan perintah menghalang papan tanda itu dinaikkan.

Gabungan itu turut memohon satu deklarasi dibuat berhubung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bagi mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Writ saman telah difailkan oleh wakil gabungan itu Nik Rizman Sapian menerusi peguam Sahrihan Jani dari Tetuan Sahrihan & Hamdan, dengan menamakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan kedua.

Dalam penyata tuntutan, Nik Rizman yang juga anggota GGMM, menyatakan bahawa beliau telah menghantar notis tuntutan kepada kedua-dua defendan supaya membatalkan keputusan memasang papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown.

Torchlights (Stungun) Beware (to all drivers)

1 comments
I just thought to let know what my doctor told me recently. I don't think she was lying and neither am I, so please pass this on to your friends. Her clinic is in SS2 and you know how congested that place is.

One morning a few months ago in broad daylight, a girl was getting into her car when a few men approached her with what looked like a torchlight. Quite harmless looking. They pressed the "torchlight" into her back and immediately she went limp and very pale. So she wouldn't be able to fight back, they slashed her thigh with a parang and sped away in her car.

There were many people around and they quickly took her to the nearest clinic which was my doctor's clinic. There were two doctors at that time and they managed to stitch up her wound but the girl remained pulse-less and still pale as paper. No pulse, no BP (blood pressure). Just like dead.



My doctors were confused as to how one wound on the thigh made the girl almost like dead? They managed to revive her and save her life.

After some checking around, the doctors found out what actually happened was that the girl was made unconscious not by a torchlight but actually a high voltage weapon. I forgot how many watts she mentioned. 1000? Anyway, it was high enough to kill a person by electrocution.

It seems this weapon is from China . It's not rampant yet in Malaysia , but with this thing, a person can rob, rape, kill, kidnap, and practically do anything to you. My doctor said that if the girl weren't taken to the clinic immediately she would have died because there was no pulse on her.

So please just beware of your surroundings, if anybody is lurking around with a torchlight-thingy and approaches you, just scream or run away. Better to be embarrassed than ZAPPED and fried, right? Take care.















This item is called "stungun".

1.12.2009

Google Search – Change Google Title with your name using PimpMySearch

1 comments
You want to impress your friends with temporary Main screen with your own “Search screen”. I said temporary, because it’s only the one display, when you key in your ’search key’ then it will go back to Google again.

How to do it?
Step 1. Goto www.pimpmysearch.com


Step 2. Enter your search screen’s ‘Title’.
Just enter your title in the ‘Enter your name’ text box then click ‘>>Create Now”.

Now you have your own Search Screen.

The problem is, you have to type the url address above (http://www.pimpmysearch.com/home.html?gname=Sisakeramat) every time you want to display the page.

To make it easy, just put in the Bookmarks Tool Folder.



Step 3. Add the link to Bookmarks Tool Folder.
Click ‘Bookmarks’ and select ‘Bookmark This Page’.

Then choose ‘Bookmarks Toolbar Folder’ then click ‘Add’ button.

Your link will be displayed on ‘Bookmarks Toolbar’.

Next time you want to display your Search page, just click the link button.Well, now you have your own instant search screen.
Happy trying.....

Thanks Taufan Lubis..

1.11.2009

Kes rogol babitkan pelajar di Kedah membimbangkan-Malaysiakini

0 comments
Statistik kes rogol membabitkan pelajar di Kedah sepanjang tahun lalu berada pada tahap yang membimbangkan dengan 226 kes direkodkan, daripada keseluruhan 309 kes, yang kebanyakannya berlaku di kawasan luar bandar.

Ketua Polis Kedah Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata kes rogol membabitkan pelajar merupakan masalah sosial yang harus dibendung dan memerlukan pendekatan menyeluruh bukan saja dari aspek undang-undang malah perlu melibatkan institusi keluarga dan pendidikan, lapor Bernama.

Katanya daripada 226 kes itu, sebanyak 187 kes membabitkan pelajar berusia 12 hingga 16 tahun, manakala 39 kes lagi membabitkan pelajar berusia 17 hingga 18 tahun.

"Jumlah kes rogol membabitkan pelajar itu adalah kira-kira 74 peratus daripada keseluruhan kes rogol sepanjang tahun lalu di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di Alor Star hari ini.

Di majlis itu beliau turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 80 anggota polis.

Syed Ismail berkata rekod juga menunjukkan empat kes kejadian rogol tanpa kerelaan membabitkan pelajar bawah 18 tahun.

"Jenayah rogol membabitkan pelajar itu berpunca daripada kerelaan gadis terbabit yang mengikut teman lelaki," katanya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa memainkan peranan penting termasuk mengambil tahu ke mana anak mereka pergi dan dengan siapa mereka berkawan.

Terdahulu, Syed Ismail turut melancarkan laman blog 'Baka' khusus untuk anggota dan pegawai PDRM dalam usaha mengurangkan masalah disiplin pasukan itu.

Katanya, anggota serta pegawai yang menghadapi masalah atau memerlukan khidmat kaunseling atau nasihat boleh melayari laman blog berkenaan.

Ketua KeADILan Subang Meninggal Dunia

2 comments
KETUA KeADILan Subang, Amerudin Kassim pagi ini telah kembali ke rahmatullah.

Amerudin diisahkan jam 5 pagi tadi dan akan dibawa pulang dari Hospital Besar Kuala Lumpur hari ini.

Allahyarham akan dikebumikan di Merbau Sempak, Sungai Buluh.

Semasa hayatnya Allahyarham telah menyumbangkan keikhlasan untuk berjuang dalam KeADILan.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Suara Keadilan mengucapkan takziah buat Allahyarham.-Suara Keadilan

Jika Amerika pilih Obama, kenapa tidak Malaysia? - MB Kedah

1 comments
dipetik dari Suara Keadilan..

KUALA TERENGGANU, 11 JANUARI -DALAM kempenya di sini, Menteri Besar Kedah Azizan Abd Razak mengajak pengundi Kuala Terengganu untuk memilih calon Pas Abdul Wahid Endut sebagai Ahli Parlimen kawasan berkenaan.

Menurut beliau, rakyat Amerika telah berani membawa perubahan untuk memilih Barack Obama sebagai Presiden.

“Jika rakyat Amerika berani berubah, Malaysia bila lagi?” katanya dihadapan pengundi di Markaz UPU Hiliran di kawasan Kuala Terengganu, malam tadi.

Laman kempen Pas, memetik Menteri Besar itu berkata, rakyat Terengganu harus sedar bahawa negeri itu kaya dengan pelbagai sumber, namun kerana pengurusan yang salah, ianya hasil kekayaan sumber itu tidak sampai kepada rakyat.

“Rakyat kita mula menolak BN yang dilihat tidak mampu mengurus tadbir negara dengan baik setelah peluang 51 tahun diberi mandat memerintah dipersia-siakan oleh mereka,” katanya.

Mengenai balak, Azizan berkatra, sekiranya negeri berkenaan menjalankan pengurusan balak yang betul, ianya akan memberikan keuntungan yang besar terhadap negeri ini.

Memberi contoh di Kedah, Azizan berkata, negeri berkenaan menerima RM16 juta apabila kerajaan menggunakan sistem tender terbuka.

Tambahnya, Berbanding dengan ‘close tender’ yang diamalkan BN sewaktu mentadbir Kedah sebelum ini, hasil yang diperolehi hanya RM3 juta.

“Keuntungan RM16 dari ‘open tender’ yang diperolehi ini dapat diberi kepada rakyat bagi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi,” katanya lagi.



'Gencatan senjata' PAS-BN demi Palestin-Malaysiakini

0 comments
Dua parti utama PAS dan BN dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu diseru mengadakan "gencatan senjata" sehari Khamis depan demi menyedarkan rakyat tentang kekejaman Israel kini.

"Gencatan" itu termasuklah memberhentikan kempen selama 24 jam dan mengadakan solat hajat serta tahlil bagi menunjukkan simpati kepada nasib penduduk Palestin, kata penyelaras Aman Malaysia Datuk Mukhriz Mahathir.

"Kita bukan berperang tetapi saya guna analogi 'gencatan senjata' itu bagi kita menangguhkan kempen sekejap selama 24 jam dan guna hari itu untuk menyedarkan rakyat tentang apa yang berlaku di Palestin.



"Mungkin kita boleh buat solat hajat pada Khamis malam Jumaat, buat tahlil dan tak payah kempen pada hari itu. Cuma buat apa yang patut untuk tunjukkan rasa simpati kepada saudara seagama di Palestin," katanya, lapor Bernama.

Mukhriz, yang juga calon ketua Pemuda Umno, berkata demikian semalam selepas pelancaran Tabung Bantuan Palestin kawasan Bukit Payung, di pinggir kawasan pilihanraya kecil itu.

Tambahnya, satu tribunal perang juga perlu diwujudkan segera di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membicarakan pemimpin-pemimpin Israel yang terlibat secara langsung dengan jenayah perang tersebut seperti yang pernah dilakukan terhadap Yugoslavia.

Tindakan itu satu cara terbaik untuk memberi amaran kepada Israel supaya mengelak daripada terus melakukan keganasan kepada rakyat Palestin sehingga mengorbankan ratusan nyawa yang tidak berdosa terutama kanak-kanak, katanya lagi.

Mukhriz berkata, seramai 10 orang doktor dari Aman Malaysia telah bersedia pada bila-bila masa untuk ke Palestin bagi membantu mangsa kekejaman Israel.

Selain itu, beliau turut kesal apabila ada pihak yang cuba perlekehkan saranan supaya rakyat Malaysia memboikot barangan keluaran Amerika dan Israel kerana ia dikatakan tidak akan menjejaskan kuasa besar ekonomi dunia itu.

1.09.2009

BN Diskriminasi Rakyat Terengganu-Suara Keadilan

0 comments
BARISAN NASIONAL (BN) tidak menghormati rakyat Terengganu kerana mempolitikan wang royalti minyak negeri berkenaan, menurut Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua.

Menurut Tian Chua, sewaktu Terengganu dibawah kepimpinan Pas, kerajaan pusat yang dipimpin oleh BN menarik balik wang royalti yang sebelum ini telah diberikan.

“Namun Barisan Nasional tidak menghormati mandat rakyat, apabila PAS memerintah Barisan Nasional bekukan dan tidak diberi royalti minyak itu kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat Terengganu,” katanya dalam satu sidang media semalam.

Tambah Tian, sepatutnya wang royalti harus diberikan kepada rakyat tanpa memikirkan siapa yang memerintah negeri berkenaan, sebaliknya BN menyekat pemberian berkenaan kerana pemerintahan bertukar.

“Ketika itu, yang menjadi mangsa, bukan sahaja ahli Pas tetapi ahli Umno dan BN kami tidak bersetuju dengan cara berkenaan,” katanya kepada media.

Selain itu dalam isu wang royalti, Tian turut mempersoalkan di manakah baki RM 1.6 bilion dari jumlah RM 7 bilion wang royalti minyak tahun 2004 hingga 2007.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak telah menyerahkan RM 400 juta wang royalti kepada kerajaan Terengganu selepas ianya disekat beberapa tahun. Manakala kerajaan pusat dalam jawapan di Parlimen telah mendedahkan bahawa RM 7 billion wang royalti telah diserahkan kepada Terengganu.

Namun, bekas Menteri Besar Idris Jusoh telah menafikan jawapan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Amirsham Abdul Aziz, bahawa kerajaan hanya memberi RM 5 Bilion sahaja kepada Terengganu.

“Baru-baru ini, Najib telah serah RM 400 juta sebagai sebahagian sumbangan royalti, tapi masih ada RM 1.6 bilion yang belum diketahui dimanakah wang tersebut,”katanya.

Katanya lagi, wakil-wakil Pakatan Rakyat di parlimen mendesak kerajaan pusat mengembalikan wang dan pemberian royalti minyak kepada kerajaan dan rakyat Terengganu.

“Kita tidak kira siapakah yang memerintah tapi yang penting ia adalah hak rakyat Terngganu, wang berkenaan harus dikembalikan,” katanya lagi.

BOIKOT BARANGAN ISRAEL

0 comments
Kepada semua pembaca2 blog ni, jom kita same2 tidak membeli barangan dari Israel.
Dan same2 la kita mendoakan keselamatan orang Islam Palestin..

Untuk mendapatkan senarai barangan Israel..
Download di sini atau lihat di sini.



hatta says : kite harus boikot...

Calon BN sombong, Umno tak reti pilih calon - Tun Mahathir

2 comments

1. Pilihanraya kecil di Kuala Terengganu ini sepatutnya tidak dianggap penting.

2. Samada Barisan Nasional menang atau kalah Kerajaan Terengganu tak akan berubah.

3. Saya ditanya oleh pemberita akan pendapat saya.

4. Sebagai orang yang tidak berparti saya tidak terikat dengan sesiapa.

5. Pada pandangan saya PAS atau UMNO pada waktu ini sama sahaja.

6. PAS bukan alternatif kerana dilihat PAS sanggup membelakangkan prinsip-prinsipnya kerana nak jaga hati parti komponen Pakatan. Orang yang tidak pegang kepada prinsip tidak boleh dipercayai.

7. Sebagai contoh PAS bersetuju babi diternak di kampung Melayu kerana larangan agama hanya untuk tidak makan daging babi.

8. Ternak tak apa.

9. Sentuh pun tak apa.

10. Jual pun tak apa kerana ini tidak disebut di dalam Al-Quran.

11. Soalnya apakah sensitiviti orang Melayu tidak perlu diambil kira?

12. PAS juga tak bercakap banyak sekarang berkenaan hukum hudud.

13. Katanya ini rancangan 30 tahun.

14. Demikian juga PAS sanggup beri hakmilik tanah secara berkekalan untuk mendapat sokongan orang Cina.

15. Dasar negara sekarang tanah tidak boleh diberi kepada sesiapa pun secara berkekalan, samada Cina, Melayu atau India.

16. Tetapi PAS sanggup membelakangkan dasar negara hanya untuk mendapat sokongan orang Cina. British tidak pernah beri kawasan "New Village" kepada setinggan yang ditempatkan di situ. Tidak ada geran yang dikeluarkan oleh British kepada penduduk New Village. Tetapi pemimpin PAS sanggup bohong kononnya British memberi tanah secara berkekalan kepada setinggan Cina.

17. Semua ini menunjukkan PAS bukan parti yang berprinsip dan bukan pun ikhlas dalam memperjuangkan Islam. PAS tidak boleh dipercayai oleh sesiapa. Ia sanggup "bend backwards" untuk kepentingan politik semasa.

18. UMNO pula tak tahu pilih calon. Yang dipilih ialah bekas Setiausaha Politik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Jelas pilihan calon UMNO tidak memperdulikan sentimen rakyat.

19. Dan calon ini pula terkenal sebagai seorang yang sombong, tidak tahu beramah mesra dengan orang.

20. Dalam Pilihanraya kecil ini pengundi Kuala Terengganu berhadapan dengan dilema.

21. PAS pun bukan pilihan yang baik, UMNO pun bukan pilihan yang baik.

22. Telan mati Mak, luah mati Pak.

23. Mungkin calon bebas akan dapat undi yang lebih dari sepatutnya. / Chedet.cc


Telan mati Mak, luah mati Pak, calon bebas akan dapat 'kuah lebih'

dipetik dari klpos.com

hatta says : Tun Mahathir pn tak setuju...

MCA persoal DAP sokong PAS, tapi bantah hudud

0 comments
dipetik dari Malaysiakini..

MCA mempersoalkan pendirian DAP berkempen untuk PAS dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu sedangkan parti itu menolak pelaksanaan hukum hudud.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh yang membantah pelaksanaan hukum hudud, bercanggah dengan tindakan parti itu sendiri yang membantu PAS berkempen pada pilihanraya kecil kali ini, lapor Bernama.

"Kalau DAP anggap dirinya mempunyai kredibiliti, DAP perlu memaklumkan

kepada rakyat apa pendirian sebenar mereka. Apa yang dibuat di Kuala Terengganu bercanggah dengan kenyataan pengerusi DAP.

"Rakyat berhak tahu apa sebenar yang terjadi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog dengan pemimpin masyarakat Cina di Dewan Perhimpunan Tiong Hua Terengganu di Kuala Terengganu.

Semalam, Karpal Singh turut mempersoalkan kenyataan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara, adalah mengelirukan.

Karpal dilaporkan meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penjelasan sama ada hukum hudud yang ingin dilaksanakan PAS hanya terpakai kepada orang Islam atau juga melibatkan mereka yang bukan Islam sekiranya PAS berjaya menubuhkan sebuah negara Islam.

Ong berkata PAS sebenarnya takut hendak menjelaskan sama ada pelaksanaan hukum hudud hanya tertakluk kepada mereka yang beragama Islam dan hanya menggunakan parti pembangkang lain seperti DAP and PKR untuk membuat penjelasan yang tidak mencerminkan hasrat sebenar PAS dalam perkara itu.

Ini terbukti, menurut Ong, apabila PAS memerintah Terengganu pada 1999 sehingga 2004, meluluskan Rang Undang-Undang mengenai pelaksanaan hukum hudud walaupun menyedari hakikatnya ia tidak dapat dilaksanakan tanpa persetujuan Parlimen.

"Mereka sedia maklum, ini hanya dapat dilaksanakan di peringkat Parlimen, bukan Dewan Undangan Negeri. Walaupun faham hakikat ini, dia buat juga. Jadi

bila tak dapat dilaksanakan, rakyat Terengganu berhak nak tahu apa sudah jadi," katanya.

PROTES DI KEDUTAAN AS

0 comments

Ribuan orang berhimpun di luar kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak tengahari tadi sebagai membantah serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.

anti israel protest us embassy 090109 09Menurut saksi, kira-kira 5,000 orang menyertai perarakan dari bangunan Tabung Haji - yang terletak tidak sampai satu km dari kedutaan Amerika - selepas solat Jumaat.

Perarakan tersebut dianjurkan oleh Gabungan NGO Prihatin yang turut disertai oleh penyokong parti PAS.

Di sepanjang jalan, mereka melaungkan slogan anti-Amerika dan anti-Israel.

Delegas 15 orang yang diketuai oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kemudiannya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika.

Mereka mensasarkan kedutaan Amerika kerana negara itu merupakan rakan sekutu Israel.

Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan oleh itu, negara Yahudi itu tidak mempunyai kedutaan di Malaysia. - dipetik dari Malaysiakini


hatta says : bile la semue ni akan berakhir??same2 la kite mendoakan keselamatan org islam Palestin..

1.07.2009

RUMAH API TANJUNG TUAN

0 comments
( papan maklumat )


Korg penah pegi rumah api tanjung tuan??

ari tu aku pg sane ngn kwn2 aku..katenye klu wktu air pasang,kte bleh nmpk air berpusar kt teluk tu..lawa...tp mse aku pg tu aku xnmpk sbb air blom pasang..hehe..

ni la sebahagian kecil dr gmba2 yg smpt aku ambk...


pelik kan batu ni...

dari kiri : wan, bam, aku...kat pantai bawh rumah api..

ni la gmba rumah api nye..

nampak x air baru nk berpusar??




hatta says : kn best klu nampak air pusar tu...hehehe

1.06.2009

MENGAPA ISRAEL BIJAK??

0 comments
Something to share...

Disebalik Musibah

Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharajalela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapatdifahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupondari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka ygmutlak, terima kasih kepada kerajaan British yg. memberi mereka penempatanselepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua. Tak perlulah sayamengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umatmanusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh,tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi inidan kini telah muncul pula di Amerika,kumpulan anti Yahudi , kerana mereka(pribumi Amerika)telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawahtelunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumiAmerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akanberlaku terhadap kaum Yahudi.Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis mengenai kaumYahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasaMelayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan jenerasimendatang. Janganlah kida dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedangbadan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalimdiGaza akan segera dilupakan tanpa satu pon general tentera Israil dibawakepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambahbongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.Tesis itu bertajuk "Why the jews so smart" suka cita saya alih bahasakanyasecara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara dietsaya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi ygbaik.Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul KadirUniversiti MassachusetUSA.
Mengapa Yahudi Bijak?Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapahospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikanuntuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidakdapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang,Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan,dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasaioleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan,perfileman diHollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitunghari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudibegitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah inisuatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana?Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikanuntuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan andatesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana
untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama,persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadisaya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali sayaperhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan siibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalahmetamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yangmengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapasoalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memangminat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Sayabertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otakbeliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuatsaya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalikkepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatiksehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awalmengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpakepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepalaikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangandan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adatorang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipanuntuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkarapertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg samaperhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet)dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurutmereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dankacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialahmereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkanbuah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat(nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kitamerasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumahYahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruhanda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurutsaintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat
merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, inibermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodohatau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalamibidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya,pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anakanak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacangbadam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalampengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telahdilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurutmereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQkanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaumYahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatikberkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Didalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak diCalifornia, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahunkebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anakYahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagimereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari,menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokussesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatannegara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disinimurid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan
mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannyalucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupasenjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institutetinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguhterperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentangperniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niagadikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akanlulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungansebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaianseluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidakhairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah ygmencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel olehfakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan
ibadah mereka? Salahsatu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka inidapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyakugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnyamenunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otakkita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka seringmenunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepunyg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi(ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka ygberminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jikamereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpafaedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda
untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itulahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman diHollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawahnaungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakultiperubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dandigalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpafaedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan Californiasentiasa kekurangan doktor pakar.Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijakboleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibumengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapikonsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah carapemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak,menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otakkanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak - anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukankonsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodohakan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan danbegitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotakrokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Sayapuji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! danseperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segipembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihatbanyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nyanegeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok,saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sajaIndonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran,teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asakrokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapatdisana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakahmereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa merekabegitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakahkedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukanakibat merokok? Anda fikirlah sendiri.Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa,adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hinggake Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin sayaketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijakseperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianyamemerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dansaya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiritentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program ygtelah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapatmenulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan tomato!Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak danbersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon

1.02.2009

GEREJA DI KUALA LUMPUR..

2 comments
Aku terbaca komen kat blog perisikrakyat mengatakan sebuah gereja terbesar di asia akan dibina di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ini bawah bidangkuasa DBKL dan menteri wilayah persekutuan. UMNO kena jawab apakah mereka telah luluskan pembinaan gereja 6 tingkat ini. Adakah ini benar?? Jika benar, amatlah mengecewakan umat islam kerana Malaysia adalah sebuah negara islam.


Layari http://www.calvary.org.my



hatta says : aku pn xtau nk ckp ape...komen je la..

1.01.2009

HARAM MENYENTUH MANUSIA????

1 comments
Baca ni.......

LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!"

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,
lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"


Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja apatah lagi bertujuan syahwat)adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal
baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." (Surah Zumar: 9)



hatta says : Tengok, binatang lagi expert daripada manusia yang cam haiwan nie...sadis...sadis....