8.28.2009
Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1:wajah yang cantik
2- ¿¿¿¿ ¿¿¿¿¿¿¿¿
2: Duit yang banyak
3- ¿¿¿ ¿¿¿¿
3:kesihatan yang baik
4- ¿¿¿¿¿ ¿¿¿¿¿¿ ¿¿¿¿¿¿¿ ¿¿¿¿¿
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5- ¿¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿ ¿¿¿ ¿¿¿¿¿¿ ¿ ¿¿¿¿¿
5:tidur yang nyenyak tanpa ganguan
--------------------------------------------------------
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.
¿¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿¿¿
Sabda Rasulullah saw
¿¿ ¿¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿¿¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿¿ ¿ ¿¿ ¿¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿¿¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿ ¿¿¿¿
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
¿¿¿¿ ¿ ¿¿ ¿¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿¿¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿¿ ¿ ¿¿ ¿¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿¿¿¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan, dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
¿¿¿¿¿¿ ¿¿¿¿ ¿ ¿¿ ¿¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿¿¿¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿¿¿
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak
¿¿¿ ¿¿ ¿¿¿¿¿¿ (¿¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿¿¿ ¿¿¿¿ ) ¿¿¿ ¿¿¿
~~ Sampaikanlah daripada Rasulullah saw itu walaupun satu ayat~~
Cerita
kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji..
Suami : Hello, selamat petang. Puan ada?
OG : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
OG : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
OG : Saya baru je kerja hari ni.
Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
OG : Ya, encik
Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta .
OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua.
OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Suami : Ya.
OG : (termenung)
Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.
OG : Baik encik... saya lakukan sekarang
Suami : Cepat!!! Saya tunggu!
Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..
OG : Sudah, encik
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah.
OG : Kolam renang yang mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Suami : Yeke ni?
OG : Iya!
Suami : Ni kan nombor 5097600?
OG : Bukan, encik. Sini 5907600.
Suami : Oh, sori. Salah nombor
8.27.2009
Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia-Ucapan Ketua Pengarah kesihatan Malaysia
Dimaklumkan sehingga 28 Ogos 2009 jam 9.00 pagi, sejumlah 391 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 293 kes telah didiscaj keluar. Ini menjadikan baki seramai 1,509 pesakit ILI sedang dirawat di 103 buah hospital termasuk 4 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah ini, hanya 218 pesakit (14%) yang disahkan positif H1N1.
Daripada 218 kes yang disahkan H1N1, 48 kes berada di ICU di mana 4 kes merupakan kemasukan baru, sementara 9 lagi kes keluar dari ICU. Daripada 48 kes yang sedang dirawat di ICU, 40 (83%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (7), obesiti (13), kanak-kanak/bayi (7), post-natal/hamil (3), penyakit jantung (4), kegagalan ginjal (2) dan asthma (4).
Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini.
Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif di mana jumlah kes sehingga 28 Ogos 2009 adalah 245,072 dengan 2,876 kematian yang melibatkan 182 buah negara. Walau bagaimanapun, angka-angka yang ditunjukkan tidak menunjukkan gambaran situasi sebenar memandangkan WHO kini tidak lagi mewajibkan semua negara melaporkan bilangan kes.
Kita perlu sentiasa saling ingat mengingatkan agar individu yang tidak sihat dan mengalami gejala demam atau batuk supaya tidak berada di tempat awam, atau menjarakkan diri (social distancing) daripada orang awam. Langkah paling bijak dan bertanggungjawab bagi mereka yang mempunyai gejala ILI adalah berehat di rumah dan sekiranya terpaksa mengunjungi tempat-tempat awam tersebut, mereka hendaklah memakai mask sepanjang masa.
Orang ramai yang sihat juga adalah disarankan agar dapat mengurangkan aktiviti mengunjungi tempat-tempat tersebut bagi mengelakkan diri terdedah kepada jangkitan. Sekiranya terpaksa berkunjung ke tempat-tempat tersebut adalah dinasihatkan supaya dapat membuat perancangan awal ke atas perkara-perkara hendak dilakukan bagi mengurangkan tempoh masa berada di tempat-tempat berkenaan. Di samping itu pemakaian mask juga adalah digalakkan.
Maklumat semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian ![]()

![]()
![]()

![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
03-88810200
dan ![]()

![]()
![]()

![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
03-88810300
dan juga laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my. Di saat penularan jangkitan influenza A(H1N1) yang semakin meningkat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia memohon orang ramai untuk terus memberi kerjasama secara berterusan bagi menangani penularan wabak ini.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 28 Ogos 2009
