11.10.2008

Mesej??

Menurut Sheikh Imam Arshad, pada zaman sekarang ini telah ada satu mesej yg sememangnya langsung tidak boleh disebarkan kerana boleh mensyirikkan.

Antara mesej yg boleh mensyirikkan di zaman sekarang yg telah disebarkan oleh umat islam sendiri ialah mimpi sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW.

Menurut imam arshad, mesej itu asalnya adalah untuk menyeru umat islam untuk melakukan kebaikan. Namun apabila terdapat orang tidak bertanggung jawab telah memberi kenyataan, apabila mesej ini tidak di sebarkan seseorang itu akan menerima musibah yg teramat. Mesej ini jelas sekali boleh memesongkan pikiran umat islam kerana mesej ini dikatakan berkuasa boleh membawa bencana apabila seseorang itu tidak menyebarkannya. Sedangkan rezeki dan musibah datang dari allah bukan dari mesej yg tidak terbukti kebenarannya.

No comments: