12.26.2008

TIADA KEMATIAN AKIBAT CHIKUNGUNYA..

ALOR STAR: Jabatan Kesihatan Negeri Kedah hari ini menafikan laporan sebuah akhbar tempatan kononnya seorang lelaki meninggal dunia di negeri itu semalam akibat demam Chikungunya.

Pengarahnya Datuk Dr Hasnah Ismail berkata siasatan jabatan itu mendapati lelaki itu, yang dimasukkan ke Hospital Sik kerana demam dan dehidrasi, meninggal dunia akibat penyakit kronik.

“Selepas tiga hari menerima rawatan di wad, pesakit dibenarkan pulang dalam keadaan stabil tetapi kemudiannya meninggal dunia di rumah, berkemungkinan disebabkan oleh penyakit kronik yang lain dan bukan kerana demam Chikungunya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan lelaki berusia 46 tahun dari Kampung Perak, Bukit Selambau, Sungai Petani, dipercayai menjadi korban pertama demam Chikungunya yang merebak di beberapa kawasan di Kedah sejak seminggu lalu.


hatta say : tak habis2 chiku..nasib baik xde yg meninggal..mak aku pn kne ari 2..tp da ok..huhu

No comments: