12.31.2008

SELAMAT TAHUN BARU,,,

2 comments
Hari ini berakhirnya tahun 2008 dan esok bermulanya tahun 2009... jadi sama-samalah kite berubah menjadi baik dan yang baik menjadi lebih baik..

Saya pn da xtau nk post ape...jd sy ucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada pembaca blog ni dan kepada bloggers skalian...

hatta says : klu xtau nk post ape, xpyh la bwt post..hehehe

12.26.2008

Penerbangan MAS ke Newark pulih

0 comments
PENERBANGAN Malaysia (MAS) yang mengurangkan kekerapan perkhidmatan dari tiga ke dua kali seminggu ke Lapangan Terbang Newark di New Jersey, Amerika Syarikat, sejak Ogos 2008, memulakan semula penerbangan tiga kali seminggu ke lapangan terbang itu mulai 28 Mac 2009.

Pengarah Kawasan yang berpejabat di New York (wilayah selatan) MAS, Malkit Singh, berkata pengurangan kekerapan sebelum ini dilakukan berikutan peningkatan harga bahan api selain kelembapan ekonomi Amerika yang memaksa MAS mengurangkan kos untuk kekal dalam pasaran yang sangat kompetitif ini.

“Kami akan memulihkan semula kekerapan tiga kali seminggu berkuatkuasa tahun depan. Ini akan memenuhi permintaan sepanjang percutian Easter dan memastikan musim bunga dan panas apabila permintaan kebiasaannya meningkat tanpa mengira keadaan ekonomi,” katanya kepada Bernama di New York.

Satu perubahan praktikal dilakukan MAS ialah menyesuaikan masa pelepasan penerbangan ke pantai timur Amerika dari Kuala Lumpur.


Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Newark pada jam 8.45 pagi ketika ini mengganggu penumpang yang terpaksa berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada awal pagi. -dipetik dari Bernama

DAVID DAPAT DATO'..

0 comments
TUANKU MIZAN menyampaikan darjah
Johan Setia Mahkota kepada David Arumugam
pada Istiadat Penganugerahan Bintang
dan Pingat di Istana Negara, semalam.




KUALA LUMPUR: Artis veteran Thiagarajan K R Arumugam, yang lebih dikenali dengan nama David Arumugam, daripada kumpulan Alleycats, adalah antara 285 orang yang menerima darjah dan bintang kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Negara semalam.

David Arumugam, yang menerima darjah Johan Setia Mahkota (JSM) adalah vokalis utama kumpulan muzik tempatan terkemuka, Alleycats, yang ditubuhkan pada 1969 dan memperoleh kemasyhuran serta populariti pada 1970-an. Empat orang menerima Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Datuk Musa Sheikh Fadzir, anggota panel pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri dari Johor Datuk Ali Mohamed dan Timbalan Presiden St John Ambulans Kawasan Barat Daya Pulau Pinang Datuk Jamilah Wahab. Senator Osman Bungsu menerima Johan Mangku Negara (JMN) bersama enam lagi penerima. Seramai 10 orang menerima Johan Setia Mahkota, 46 menerima Kesatria Mangku Negara, 88 menerima Ahli Mangku Negara dan 131 orang menerima Pingat Pangkuan Negara. - dipetik dari Bernama



hatta say : bile la kit nk dapat dato' ni...hehehe