1.06.2010
Isu 'Allah': K'jaan tidak halang rakyat suara pendapat - Malaysiakini
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementerian juga akan melakukan pemantauan terhadap laman-laman blog berhubung perkara itu dan akan mengambil tindakan jika ia mengancam keselamatan negara.
"Jika menjejaskan keselamatan, itu memang tugas kita untuk memastikan bahawa tindakan mereka itu akan diadili, atau ambil tindakan sebelum ia berlarutan dan wujud insiden yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet peringkat kementerian di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rancangan beberapa pertubuhan untuk mengadakan demonstrasi Jumaat ini bagi membantah penggunaan kalimah Allah bagi agama lain.
Ditanya sama ada kementerian akan membenarkan demonstrasi sedemikian diadakan, beliau berkata: "Buat masa ini, dalam keadaan seperti ini, jika tidak dibenarkan, ia akan mewujudkan emosi dan jika dibenarkan, emosi itu akan sampai ke tahap yang tidak dapat dikawal, ini akan menjejaskan keselamatan negara," katanya.
Ditanya sama ada demonstrasi yang akan diadakan Jumaat ini akan dihalang oleh kementerian, beliau berkata: "Kita tengoklah, ada permohonan atau tidak. Di kementerian ini, kami tidak berdasarkan kepada kemungkinan dari segi demonstrasi dan sebagainya. Mereka perlu memohon permit.
"Kami mempunyai kaedah untuk memantau apa yang dirancang tetapi pokok pangkalnya adalah soal keselamatan," katanya.
Hishammuddin turut meminta semua pihak agar bertenang bagi membolehkan proses mahkamah berjalan seperti yang diharapkan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini.
"Perkara ini sedang dibicarakan di mahkamah. Saya harap semua pihak agar tidak menggembar-gemburkan perkara ini lebih daripada apa yang sepatutnya," katanya.
Beliau berkata menjadi tugas kementerian untuk memastikan negara dan rakyat selamat dan mengenai isu sensitif dan beremosi, pihak berkuasa juga perlu bijak dan sabar dalam usaha menangani perkara itu.
"Isu berhubung agama dan kaum, sentiasa menjadi perkara yang sensitif yang boleh mengancam dan menidakkan keharmonian negara. Dalam hal ini, hanya pemimpin yang bijaksana, tidak ada kepentingan peribadi, politik atau kaum sahaja yang boleh membuat keputusan yang tepat.
"Ini satu perkara semua pemimpin kita tidak kira pembangkang atau kerajaan daripada merdeka lagi, memahami. Jangan main-main isu agama ini," katanya.
- Bernama
12.09.2009
Faizal Tahir Tiada Rezeki
Ingat lagi AJL22 lalu?
Meskipun “Kasih Tercipta” turut dicalonkan, lagu "Mahakarya Cinta"-lah yang menjadi sebutan ramai untuk meraih kemenangan besar, malah berpeluang menjulang gelaran Juara Lagu.
Tetapi ekoran insiden buka bajunya ketika konsert ulangtahun keempat 8TV, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia meletakkan hukuman yang melarang Faizal dari membuat sebarang persembahan, sama ada secara langsung atau rakaman, selama tiga bulan berkuatkuasa dua minggu sebelum apa yang sepatutnya merupakan malam kegemilangannya.
Ketiadaan Faizal pada malam itu memang dirasai semua yang sudah lama menantikan persembahannya, yang dijangka pasti gempak. Bagaimanapun tempatnya berjaya diisi dengan baik oleh Bob AF2 yang mendendangkan lagu “Kasih Tercipta” dan juara Mentor 2, Fiq yang ditugaskan membawa “Mahakarya Cinta”.
Persembahan Fiq, walaupun tidak mengecewakan, tetapi ternyata, masih ada sedikit kekurangan jika hendak dibandingkan dengan pembawaan Faizal. Senang cerita, kurang menyerlah lagu tersebut tanpa sentuhan Superman kita itu.
Dan seakan melepas geram atas kekalahan lalu, dia muncul pemenang besar di AJL23 apabila membawa pulang tiga trofi – Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan Juara Balada – untuk “Sampai Syurga”. Tetapi anugerah Juara Lagu terlepas ke tangan Meet Uncle Hussain dengan “Lagu Untukmu”.
Melihat pada kekuatan "Bencinta", bukan sesuatu yang mustahil untuk lagu nukilan Faizal ini dinobatkan sebagai Juara Lagu. Malangnya, kali ini bukan kontroversi yang menjadi penghalang tetapi kesihatan Faizal.
Dapatkah Faizal pulih sepenuhnya untuk beraksi di AJL24? Persoalan itu hanya mampu dijawab doktor yang merawatnya. Yang pasti, ramai peminat sedang mendoakan agar Faizal cepat sembuh, memandangkan masih ada lebih kurang tujuh minggu sebelum AJL24 berlangsung.
Bukan tidak mempercayai kemampuan Shila (One In A Million 2) yang telah mempersembahkan “Bencinta” di Separuh Akhir Muzik-Muzik sehingga ia layak ke ‘final’ atau mana-mana penyanyi yang mungkin diberi tanggungjawab membawa lagu itu di AJL24 nanti jika kesihatan Faizal masih tidak mengizinkan, tetapi sememangnya tiada penyanyi lain yang memiliki ‘aura’ Faizal Tahir dan terbukti mampu membawa lagunya sepertimana dirinya.- Gua.com.my
12.08.2009
H1N1: Korea Utara sahkan kes pertama
SEOUL: Korea Utara buat pertama kali mengesahkan wabak selesema babi (H1N1) melanda negara itu dengan sembilan kes setakat ini.
Kementerian Luar negara itu mengesahkan, sembilan kes itu ialah di ibu negara, Pyongyang dan Bandar Sinuiju, berhampiran sempadan China.
Agensi berita Korean Central malaporkan, pihak berkuasa Pyongyang sudah mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengadakan sistem kuarantin pesakit dan membendung virus daripada merebak.
Presiden Korea Selatan, Lee Myung-Bak pula memberitahu, kerajaannya sedia memberi bantuan dari segi perubatan kepada jirannya itu. - AFP - Berita Harian
Pesanan Pilu Ayah sebelum Maut
"Biar ayah ambil gambar Kasih (Zalifah Qistina) dengan ibu (Norehan Abd Rahman) sebab lepas ini Kasih dah tak boleh tengok ayah lagi," kata-kata itu diucapkan Abdul Rahman Mohd Khala'din, 34, sebelum menyerahkan anaknya, yang berusia 18 bulan, kepada kakak iparnya.
Kakak mangsa, Halimah Mohd Kala'din, 39, berkata sejurus selepas mengambil gambar itu, adiknya menyerahkan anak tunggal yang dipanggil Kasih kepada kakak iparnya di sebuah pusat beli-belah di Taman Maluri, Kuala Lumpur.
Kakak iparnya begitu terkejut kerana lima minit kemudian Abdul Rahman yang menunggang motosikal bersama isteri untuk ke tempat kerja terkorban menjadi mangsa ragut.
"Kakak ipar arwah yang berada di pusat beli-belah tersebut langsung tidak menyangka bahawa itu merupakan pesanan terakhir arwah buat Kasih dan Norehan," katanya kepada pemberita selepas jenazah Abdul Rahman dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Slim di Slim River kira-kira 2.40 petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam, Abdul Rahman dan Norehan yang baru keluar dari pusat beli-belah itu dipercayai dihimpit dua peragut sebelum hilang kawalan motosikal sehingga merempuh pagar simen sebuah rumah menyebabkan mereka tercampak ke tepi jalan.
Abdul Rahman maut di tempat kejadian manakala Norehan cedera parah dan rantai lehernya turut dilarikan peragut.
Halimah berkata walaupun bersedih dengan peristiwa berkenaan, namun kaum keluarganya tetap bersyukur kerana ketika kejadian Kasih bersama kakak ipar arwah.
"Saya sendiri tidak boleh bayangkan jika Kasih turut membonceng motosikal itu. Mujurlah Kasih tidak bersama," katanya.
Katanya, kaum keluarga menerima peristiwa itu sebagai satu takdir, namun tetap berharap agar mereka yang terlibat dapat ditangkap.
"Kesan perbuatan peragut sangat dahsyat dan sebolehnya (kami) mahu mereka dihukum... menjadi pengajaran kepada orang lain," katanya. BERNAMA
12.07.2009
Presiden Indonesia: Ada pihak mahu jatuhkan saya
"Setiap malam, saya memanjatkan doa bersama isteri dan keluarga saya," katanya semalam semasa berucap pada sidang kemuncak Parti Demokratik pimpinan beliau yang disiarkan melalui televisyen.
"Apa sebenarnya tujuan semua pembohongan dan perbuatan memburuk-burukkan peribadi saya ini? Logik saya mengatakan pergerakan politik ini mahu memburukkan nama saya, menggoncang kedudukan dan menjatuhkan saya dalam tempoh terdekat," katanya yang dipetik akhbar harian berbahasa Ingeris The Jakarta Post hari ini.
Susilo merujuk kepada tuduhan beberapa NGO, khususnya Barisan Demokrasi Rakyat (Bendera), kononnya beberapa orang yang rapat
dengan beliau termasuk anak lelakinya Edhie 'Ibas' Baskoro, telah memperoleh wang daripada urusan menyelamatkan Bank Century.
Usaha menyelamatkan bank itu melibatkan Rp 6.76 trilion (US$716 juta).
Susilo menggunakan ucapan itu untuk menafikan sekali lagi bahawa beliau dan sekutu rapatnya atau Parti Demokratik melakukan penyelewengan dalam urusan menyelamatkan bank itu.
Susilo berkata beliau telah diberi taklimat tentang satu perhimpunan yang dirancang diadakan pada 9 Dis bagi menyambut hari Antirasuah Antarabangsa, yang sebenarnya mempunyai "agenda politik tersembunyi" yang tiada kaitan dengan gerakan menentang rasuah.
"Tapi, saya bersyukur kepada Allah kerana telah mendapat maklumat yang agak lengkap tentang siapa yang mendalanginya dan tujuan sebenar perhimpunan pada 9 Dis ini," kata Susilo sambil menyelar individu serta kumpulan yang menyertai perhimpunan menentang rasuah dengan berkata sebenarnya mereka hanya menjadi penumpangnya semata-mata.
Bagaimanapun, Prabowo Subianto, pengasas Partai Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), menolak tuduhan presiden itu dengan berkata partinya hanya ingin mendedahkan perkara sebenar di sebalik skandal Bank Century.
Ini adalah kes kedua yang didakwa secara terbuka oleh Susilo bertujuan menjatuhkan beliau.
Pada 17 Julai, berikutan kejadian letupan bom di Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz-Carlton pada hari yang sama, Susilo berkata beliau menjadi sasaran pengganas, yang juga akan menyerang suruhanjaya pilihan raya bagi menghalang peluangnya memenangi pilihan raya.
Prabowo juga menafikan dakwaaan Susilo itu.
Akhbar harian itu juga melaporkan bahawa oleh kerana ramalan itu tidak menjadi kenyataan, timbul tanggapan bahawa Susilo membuat kenyataan terbuka bagi mengelak berlakunya serangan atau beliau telah menerima maklumat risikan yang tidak tepat.
Pengerusi pergerakan Islam, Muhammadiyah, Din Syamsuddin berkata amaran yang dikeluarkan oleh Susilo kali ini mungkin betul, dan menegaskan bahawa: "Mereka yang menganggotai gerakan antikorupsi itu, sila tampil ke depan. Mereka yang bukan, jangan jadi ganggu."
Bekas timbalan pengerusi Komisi Pembenterasan Korupsi (KPK) Erry Riyana pula berkata kebimbangan Susilo bahawa gerakan menentang rasuah itu boleh digunakan bagi mencapai tujuan tersembunyi, tanpa menghiraukan kepentingan dan ketenteraman awam, memang mudah untuk difahami.
"Perkara paling penting ialah presiden tidak menghalang tunjuk perasaan pada 9 Dis diadakan," katanya.
Bagaimanapun, beberapa pemerhati mendakwa Susilo takutkan bayang-bayang sendiri dan menggesanya supaya berhenti daripada menggunakan helah lama kononnya menjadi mangsa pihak tertentu, demi meraih sokongan orang ramai.
"Saya benar-benar kesal dengan kenyataan beliau bahawa ada agenda tersembunyi di sebalik gerakan 9 Dis," kata Fadjroel Rachman daripada Komisi Masyarakat Sipil Antikorupsi.
"Perhimpunan itu bertujuan menyambut semangat antikorupsi. Kalau presiden tidak bersalah, kenapa beliau perlu takut," kata beliau yang dipetik oleh akhbar berkenaan.
Beberapa akhbar harian utama lain juga menyiarkan laporan serupa di muka hadapan masing-masing hari ini. BERNAMA
dipetik dari malaysiakini.com
8.15.2009
Polis rakam kenyataan Jeff Ooi dakwaan hina Islam-Berita Harian
GEORGETOWN: Polis pagi ini mengambil kenyataan daripada Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi berhubung kenyataannya yang didakwa menghina agama Islam.
Anggota polis tiba di pejabat pusat khidmat wakil rakyatnya di sini, jam 11 pagi tadi.
Pada 2 Ogos lalu, Ooi menuduh seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Razali Abdullah sebagai ekstremis Islam dengan cuba menjadikan Malaysia negara menggunakan undang-undang Islam kerana menganggotai Jemaah Islah Malaysia (JIM).
Had umur Pemuda MIC 45 tahun-Malaysia Kini
Ketika mengumumkan perkara itu, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata, melalui langkah tersebut, MIC akan mempunyai lebih ramai ahli muda serta mampu menyediakan pemimpin pelapis.
Katanya, sebuah jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan mengkaji pindaan pada perlembagaan MIC telah menyiapkan laporannya untuk dibentangkan pada Persidangan Perwakilan MIC ke-63 pada 12 September untuk mendapatkan kelulusan para perwakilan.
"Usaha ini penting supaya MIC bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 di mana lebih dua juta pengundi baru dari golongan muda dijangka mengundi buat pertama kalinya," katanya ketika merasmikan serentak perhimpunan agung Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera MIC ke-63 di ibunegara, lapor Bernama.
Walaupun Samy Vellu tidak menyatakan rasional melanjutkan had umur Pemuda, tetapi menurut seorang pegawai MIC, ia adalah berdasarkan kepada fakta bahawa wujud Pergerakan Putera dalam MIC sekarang yang juga mensasarkan golongan muda.
Samy Vellu juga berkata permohonan keanggotan dalam MIC akan diperluaskan melalui 'online' selepas mendapati ramai golongan muda dan berpendidikan tinggi yang ingin menjadi anggota mendapati sukar berbuat demikian kerana beberapa halangan tertentu.
Beliau juga meminta Pemuda MIC menubuhkan kumpulan pemikir dari kalangan yang berpendidikan tinggi bagi merangka strategi yang betul dalam menangani beberapa masalah yang dihadapi golongan muda India, termasuk isu sosial.
"Ahli-ahli Pemuda boleh mewujudkan blog mereka masing-masing dan menggunakan khidmat Facebook untuk berinteraksi dengan golongan muda ini, dan pada masa yang sama memberi penerangan mengenai kegiatan dan pencapaian parti kita," katanya.
Samy Vellu juga meminta sayap Wanita menggubal satu pelan tindakan yang lebih komprensif untuk golongan wanita dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Mengenai konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak, Samy Vellu berkata ia telah mewujudkan pemikiran dan pandangan baru di kalangan masyarakat India terhadap Barisan Nasional.
"Mereka amat tertarik dengan konsep ini dan mahu MIC menggunakan peluang tersebut dengan sebaik mungkin. Mereka yakin bahawa MIC masih berkemampuan untuk mewakili mereka dan membawa perubahan dalam hidup mereka.
"Mereka menaruh harapan yang tinggi terhadap kita kerana mereka sedar bahawa tiada parti politik lain yang dapat menjaga kepentingan mereka," katanya.
Samy Vellu berkata masyarakat India kini dipengaruhi oleh kesedaran politik yang tinggi dan mereka lebih berani mencuba sesuatu yang baru.
"Oleh sebab itulah MIC juga perlu bergerak dengan peredaran masa dan membuat pembaruan. Kita mesti memikirkan jalan untuk mempengaruhi golongan pengundi baru ini dengan cara baru," tambahnya.
8.12.2009
GEMPA SEDERHANA DI FILIPINA-BH
Gempa yang berlaku jam 4.04 pagi waktu tempatan (2004 GMT) berpusat di 130 kilometer (km) di timur General Santos, di selatan Filipina, lapor Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat.
Bagaimanapun tiada amaran tsumani dikeluarkan. - AFP
8.10.2009
6 LAGI KES H1N1-MalaysiaKini
Semalam lapan disahkan mati akibat virus wabak tersebut.
![]() |
Ketua pengarah kesihatan menjelaskan, angka kematian terbaru itu merujuk satu kes yang berlaku semalam, manakala selebihnya kematian lebih awal yang hanya disahkan pada 7 dan 8 Ogos.
"Empat daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko. Tarikh kematian sebenar seperti berikut: 5 Ogos (2 dua), 8 Ogos (3 orang) dan 9 Ogos (seorang)," kata Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
Seramai 67 pesakit kini sedang dirawat di hospital dan seramai 15 lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Enam di unit tersebut mempunyai risiko iaitu penyakit kronik (3 orang), obesiti (1), selepas hamil (1) dan bayi (1).
Dr Mohd Ismail menambah, mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan influenza A (H1N1) diminta segera mendapatkan rawatan.

"Berikan perhatian kepada tanda-tanda amaran seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk/kahak berdarah, muntah/cirit-birit yang kerap.
"Dapatkan rawatan segera apabila mengalami tanda-tanda tersebut."
1.24.2009
Palanivel: Tubuh jawatankuasa siasatan bebas-Malaysiakini
MIC mahu jawatankuasa bebas yang dianggotai tokoh terkemuka menyiasat kematian A Kugan semasa dalam tahanan polis, manakala MCA mahu bedah siasat kali kedua dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian pemuda itu.
Kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu mahu polis mengambil tindakan segera bagi menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti di pihak kerajaan.
Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata langkah telus di pihak kerajaan akan dapat memulihkan keyakinan rakyat terhadap polis, lapor Bernama.
Beliau berkata parti itu mahu kerajaan menubuhkan jawatankuasa bebas yang dianggotai tokokh terkemuka untuk menyiasat kematian pemuda berusia 22 tahun itu semasa dalam tahanan polis.
"Jawatankuasa itu perlu diberikan kuasa untuk mengkaji seluruh prosedur lokap dan rakaman kamera litar tertutup yang ada (dalam lokap)," katanya di ibunegara hari ini.
Manakala ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Wong Nai Chee dalam kenyataan berkata bedah siasat kali kedua patut dilakukan secara profesional untuk mengenal pasti punca sebenar kematian itu.
Beliau berkata MCA amat terkejut dengan tahap kecederaan yang dialami Kugan yang didakwa terjatuh dan meninggal dunia semasa dalam tahanan polis.
"Kami menggesa (Menteri Dalam Negeri) Datuk Seri Syed Hamid Albar dan (Ketua Polis Negara) Tan Sri Musa Hassan untuk mengambil tindakan segera (terhadap dalang yang bertanggungjawab).
"Berikutan orang ramai sukar untuk menerima alasan (bagi kematian Kugan) diberikan Ketua Polis Selangor (Datuk Khalid Abu Bakar) bahawa Kugan mati akibat kesukaran bernafas, penyiasatan perlu dilakukan dengan telus," kata Wong yang juga Ketua Biro Hal Ehwal Undang-undang dan Penyelidikan Parlimen Pemuda MCA.
Katanya parti itu menyambut baik keputusan Abdul Gani untuk menukar klasifikasi kes itu sebagai kes bunuh.
1.15.2009
Pro-Aspirasi kekal di UKM, tapi kerusi merosot-Malaysiakini
Sumber-sumber pentadbiran UKM memberitahu, calon kumpulan yang cenderung kepada kerajaan itu menang lapan kerusi umum dan 13 kerusi fakulti yang dipertandingkan.
Pilihanraya kampus di UKM mempertanding 23 kerusi fakulti dan 11 kerusi umum.
Sebuah lagi kerusi di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina masih tertangguh ekoran pembatalan kemenangan awal calon pro-Mahasiswa kerana didapati tidak memenuhi syarat layak bertanding.
Urusetia pilihanraya UKM dilaporkan membatalkan kemenangan tanpa bertanding seorang calon Norliana Yusak selepas penamaan calon Khamis minggu lalu.
Bagaimanapun, berdasarkan jumlah kerusi yang diperoleh pro-Aspirasi, ia jelas menunjukkan kemerosotan penguasaan kumpulan itu di universiti berkenaan.
Tahun lalu, pro-Aspirasi menang besar apabila berjaya di 30 kerusi yang dipertandingkan. Kumpulan itu hanya tewas empat kerusi sahaja.
Pengundian berjalan lancar
Keputusan penuh pilihanraya UKM diumumkan pada jam 11.30 malam tadi di dataran Pusat Komputer universiti itu oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Prof Datuk Dr Mohamad Abdul Razak.
Malaysiakini difahamkan, kira-kira 100 penyokong pro-Aspirasi dan 200 penyokong pro-Mahasiswa berpakaian ungu setia menunggu sehingga tengah malam tadi untuk mendengar pengumuman dibuat.
Kira-kira 30 pengawal keselamatan pula mengawal keadaan bagi memastikan kelancaran proses pengiraan undi.
Seramai 12,784 calon atau 77.34 peratus daripada 16,426 yang layak mengundi, menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu.
Sementara itu, ketua jentera pilihanraya kampus pro-Aspirasi, Shahrulnizam Samsuddin berkata, kemenangan itu sudah dijangkakan.
Bagaimanapun, berdasarkan kemerosotan jumlah kerusi, pihaknya tidak menafikan pengaruh kumpulan musuh tradisi mereka semakin melebar.
Pengundian bermula jam 9 pagi dan akan tamat jam 5 petang semalam. Selepas itu, kertas undi dikira di fakulti sebelum disatukan jumlahnya di Pusat Komputer UKM.
1.14.2009
GGMM TARIK BALIK SAMAN-Malaysiakini
GMMM memfailkan notis penarikan balik saman itu Selasa lalu. Ia memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 4 November lalu.
Peguam GGMM, Khairul Azam Abdul Aziz berkata keputusan itu dibuat kerana masalah kewangan ekoran kegagalan pihak mengumpul dana yang mencukupi bagi membiayai kos mengambil tindakan undang-undang itu.
Sebelum ini, kerajaan negeri dilaporkan telah melantik sekumpulan 10 penang mutilinggual road sign street sign 241108peguam berprofail tinggi untuk mengendalikan kes tersebut.
Ditanya mengenai perkara itu, Khairul Azam, pelantikan peguam-peguam tersebut tiada kaitan dengan punca GGMM menarik balik samannya.
Beliau mengulangi ia semata-mata atas sebab kewangan.
Bagaimanapun, katanya, jika selepas ini ada pihak yang mahu menyumbang bantuan kewangan, GGMM bersedia memfailkan semula saman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.
Ditanya mengenai kurangnya pihak yang bersedia menyumbang kepada GGMM untuk membiayai kes tersebut, Khairul berkata, ia mungkin perkara itu belum cukup menyentuh emosi orang Melayu.
"Ini kerana mereka tidak dapat melihat air mata kami," tambahnya.
Dalam writ saman yang difailkan pada 4 November lalu, gabungan itu memohon mahkamah mengeluarkan perintah menghalang papan tanda itu dinaikkan.
Gabungan itu turut memohon satu deklarasi dibuat berhubung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bagi mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Writ saman telah difailkan oleh wakil gabungan itu Nik Rizman Sapian menerusi peguam Sahrihan Jani dari Tetuan Sahrihan & Hamdan, dengan menamakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan kedua.
Dalam penyata tuntutan, Nik Rizman yang juga anggota GGMM, menyatakan bahawa beliau telah menghantar notis tuntutan kepada kedua-dua defendan supaya membatalkan keputusan memasang papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown.
1.11.2009
Kes rogol babitkan pelajar di Kedah membimbangkan-Malaysiakini
Ketua Polis Kedah Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata kes rogol membabitkan pelajar merupakan masalah sosial yang harus dibendung dan memerlukan pendekatan menyeluruh bukan saja dari aspek undang-undang malah perlu melibatkan institusi keluarga dan pendidikan, lapor Bernama.
Katanya daripada 226 kes itu, sebanyak 187 kes membabitkan pelajar berusia 12 hingga 16 tahun, manakala 39 kes lagi membabitkan pelajar berusia 17 hingga 18 tahun.
"Jumlah kes rogol membabitkan pelajar itu adalah kira-kira 74 peratus daripada keseluruhan kes rogol sepanjang tahun lalu di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di Alor Star hari ini.
Di majlis itu beliau turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 80 anggota polis.
Syed Ismail berkata rekod juga menunjukkan empat kes kejadian rogol tanpa kerelaan membabitkan pelajar bawah 18 tahun.
"Jenayah rogol membabitkan pelajar itu berpunca daripada kerelaan gadis terbabit yang mengikut teman lelaki," katanya.
Beliau turut menasihatkan ibu bapa memainkan peranan penting termasuk mengambil tahu ke mana anak mereka pergi dan dengan siapa mereka berkawan.
Terdahulu, Syed Ismail turut melancarkan laman blog 'Baka' khusus untuk anggota dan pegawai PDRM dalam usaha mengurangkan masalah disiplin pasukan itu.
Katanya, anggota serta pegawai yang menghadapi masalah atau memerlukan khidmat kaunseling atau nasihat boleh melayari laman blog berkenaan.
Ketua KeADILan Subang Meninggal Dunia
Amerudin diisahkan jam 5 pagi tadi dan akan dibawa pulang dari Hospital Besar Kuala Lumpur hari ini.
Allahyarham akan dikebumikan di Merbau Sempak, Sungai Buluh.
Semasa hayatnya Allahyarham telah menyumbangkan keikhlasan untuk berjuang dalam KeADILan.
Semoga rohnya dicucuri rahmat. Suara Keadilan mengucapkan takziah buat Allahyarham.-Suara Keadilan
12.26.2008
Penerbangan MAS ke Newark pulih
Pengarah Kawasan yang berpejabat di New York (wilayah selatan) MAS, Malkit Singh, berkata pengurangan kekerapan sebelum ini dilakukan berikutan peningkatan harga bahan api selain kelembapan ekonomi Amerika yang memaksa MAS mengurangkan kos untuk kekal dalam pasaran yang sangat kompetitif ini.
“Kami akan memulihkan semula kekerapan tiga kali seminggu berkuatkuasa tahun depan. Ini akan memenuhi permintaan sepanjang percutian Easter dan memastikan musim bunga dan panas apabila permintaan kebiasaannya meningkat tanpa mengira keadaan ekonomi,” katanya kepada Bernama di New York.
Satu perubahan praktikal dilakukan MAS ialah menyesuaikan masa pelepasan penerbangan ke pantai timur Amerika dari Kuala Lumpur.
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Newark pada jam 8.45 pagi ketika ini mengganggu penumpang yang terpaksa berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada awal pagi. -dipetik dari Bernama
DAVID DAPAT DATO'..

Johan Setia Mahkota kepada David Arumugam
pada Istiadat Penganugerahan Bintang
dan Pingat di Istana Negara, semalam.
KUALA LUMPUR: Artis veteran Thiagarajan K R Arumugam, yang lebih dikenali dengan nama David Arumugam, daripada kumpulan Alleycats, adalah antara 285 orang yang menerima darjah dan bintang kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Negara semalam.
David Arumugam, yang menerima darjah Johan Setia Mahkota (JSM) adalah vokalis utama kumpulan muzik tempatan terkemuka, Alleycats, yang ditubuhkan pada 1969 dan memperoleh kemasyhuran serta populariti pada 1970-an. Empat orang menerima Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.
Mereka ialah Datuk Musa Sheikh Fadzir, anggota panel pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri dari Johor Datuk Ali Mohamed dan Timbalan Presiden St John Ambulans Kawasan Barat Daya Pulau Pinang Datuk Jamilah Wahab. Senator Osman Bungsu menerima Johan Mangku Negara (JMN) bersama enam lagi penerima. Seramai 10 orang menerima Johan Setia Mahkota, 46 menerima Kesatria Mangku Negara, 88 menerima Ahli Mangku Negara dan 131 orang menerima Pingat Pangkuan Negara. - dipetik dari Bernama
hatta say : bile la kit nk dapat dato' ni...hehehe
TIADA KEMATIAN AKIBAT CHIKUNGUNYA..
ALOR STAR: Jabatan Kesihatan Negeri Kedah hari ini menafikan laporan sebuah akhbar tempatan kononnya seorang lelaki meninggal dunia di negeri itu semalam akibat demam Chikungunya.
Pengarahnya Datuk Dr Hasnah Ismail berkata siasatan jabatan itu mendapati lelaki itu, yang dimasukkan ke Hospital Sik kerana demam dan dehidrasi, meninggal dunia akibat penyakit kronik.
“Selepas tiga hari menerima rawatan di wad, pesakit dibenarkan pulang dalam keadaan stabil tetapi kemudiannya meninggal dunia di rumah, berkemungkinan disebabkan oleh penyakit kronik yang lain dan bukan kerana demam Chikungunya,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan lelaki berusia 46 tahun dari Kampung Perak, Bukit Selambau, Sungai Petani, dipercayai menjadi korban pertama demam Chikungunya yang merebak di beberapa kawasan di Kedah sejak seminggu lalu.
hatta say : tak habis2 chiku..nasib baik xde yg meninggal..mak aku pn kne ari 2..tp da ok..huhu
12.08.2008
Why Bill Gates SOLD OFF Microsoft

Letter is from Banta Singh of Punjab to Mr. Bill Gates of Microsoft
Subject: Problems with my new computer
Dear Mr. Bill Gates,
We have bought a computer for our home and we have found some
problems, which I want to bring to your notice.
1. There is a button 'start' but there is no 'stop' button. We request you to check this.
2. We find there is 'Run' in the menu. One of my friends clicked 'run' he ran up to Amritsar ! So, we request you to change that to 'sit', so that we can click that by sitting.
3. One doubt is whether any 're-scooter' is available in system? I
find only 're-cycle', but I own a scooter at my home.
4. There is 'Find' button but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried a lot trace the key with this ' find'
button, but was unable to trace. Please rectify this problem.
5. My child learnt 'Microsoft word' now he wants to learn 'Microsoft sentence', so when you will provide that?
6. I brought computer, CPU, mouse and keyboard, but there is only one icon which shows 'MY Computer': when you will provide the remaining items?
7. It is surprising that windows says 'MY Pictures' but there is not even a single photo of mine. So when will you keep my photo in that.
8. There is 'MICROSOFT OFFICE' what about 'MICROSOFT HOME' since I use the PC at home only.
9. You provided 'My Recent Documents'. When you will provide 'My Past Documents'?
10. You provide 'My Network Places'. For God shake please do not
provide 'My Secret Places'. I do not want to let my wife know where I go after my office hours.
Regards,
Banta
Last one from me to Mr Bill Gates :
Sir, how is it that your name is Gates but u are selling WINDOWS?
11.24.2008
Old Photos Of Titanic

Ni la gambar lame kapal Titanic.. besa kan.. tp aku xtau la berape peratus kesahihan gambar ni.. aku cume post je lps aku dpt gamba ni..hehe
p/s : kpd sesiapa yg tau brape pratus kesahihan gamba ni tlg bgtau..hehehe..
11.20.2008
HARGA ROKOK MENINGKAT LAGI..
Harga rokok meningkat lagi..huhu..tadi kawan aku nk beli rokok Winston 18's..hargenye RM6.80, padahal sblum ni RM6.50.. Rokok Pall Mall pn naik jugak..ade beberape hari lepas Winston 20's RM5.80..kwn aku ingat harge tu smpai bile2..tp..tgk skrg..hehe..
p/s: peringatan kepada perokok,berhentilah merokok..hehehe