8.15.2009

Polis rakam kenyataan Jeff Ooi dakwaan hina Islam-Berita Harian

GEORGETOWN: Polis pagi ini mengambil kenyataan daripada Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi berhubung kenyataannya yang didakwa menghina agama Islam.

Anggota polis tiba di pejabat pusat khidmat wakil rakyatnya di sini, jam 11 pagi tadi.

Pada 2 Ogos lalu, Ooi menuduh seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Razali Abdullah sebagai ekstremis Islam dengan cuba menjadikan Malaysia negara menggunakan undang-undang Islam kerana menganggotai Jemaah Islah Malaysia (JIM).


Sehubungan itu, pelbagai pihak mendesak Ooi, yang juga Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, meminta maaf berhubung kenyataannya itu dan meletak jawatan segera

No comments: