3.06.2009

KENAPA MATI HARI JUMAAT???

1 comments
Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...mungkin makhluk halus ada menetap disitu. Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa org doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.. Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9....00 am ...

tiba-tiba........

Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Timah Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut.... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya....

2.10.2009

POLIS MALAYSIA SUDAH DAPAT MITSUBIHSI EVO...JANGAN LARI LAGI

1 comments






Kepada road racer, berhati2 lah kerana sebuah jentera 4 roda resing version polis bakal duduk, sebelah anda ketika resing dan mintak ke tepi...Ketuk tingkap, mintak IC, Lesen

nak surat saman
Grin

*jom ramai2 mintak jadi polis...Boleh bawak Evo...huhu

1.24.2009

Palanivel: Tubuh jawatankuasa siasatan bebas-Malaysiakini

0 comments

MIC mahu jawatankuasa bebas yang dianggotai tokoh terkemuka menyiasat kematian A Kugan semasa dalam tahanan polis, manakala MCA mahu bedah siasat kali kedua dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian pemuda itu.

Kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu mahu polis mengambil tindakan segera bagi menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti di pihak kerajaan.

Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata langkah telus di pihak kerajaan akan dapat memulihkan keyakinan rakyat terhadap polis, lapor Bernama.

Beliau berkata parti itu mahu kerajaan menubuhkan jawatankuasa bebas yang dianggotai tokokh terkemuka untuk menyiasat kematian pemuda berusia 22 tahun itu semasa dalam tahanan polis.

"Jawatankuasa itu perlu diberikan kuasa untuk mengkaji seluruh prosedur lokap dan rakaman kamera litar tertutup yang ada (dalam lokap)," katanya di ibunegara hari ini.

Manakala ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Wong Nai Chee dalam kenyataan berkata bedah siasat kali kedua patut dilakukan secara profesional untuk mengenal pasti punca sebenar kematian itu.

Beliau berkata MCA amat terkejut dengan tahap kecederaan yang dialami Kugan yang didakwa terjatuh dan meninggal dunia semasa dalam tahanan polis.

"Kami menggesa (Menteri Dalam Negeri) Datuk Seri Syed Hamid Albar dan (Ketua Polis Negara) Tan Sri Musa Hassan untuk mengambil tindakan segera (terhadap dalang yang bertanggungjawab).

"Berikutan orang ramai sukar untuk menerima alasan (bagi kematian Kugan) diberikan Ketua Polis Selangor (Datuk Khalid Abu Bakar) bahawa Kugan mati akibat kesukaran bernafas, penyiasatan perlu dilakukan dengan telus," kata Wong yang juga Ketua Biro Hal Ehwal Undang-undang dan Penyelidikan Parlimen Pemuda MCA.

Katanya parti itu menyambut baik keputusan Abdul Gani untuk menukar klasifikasi kes itu sebagai kes bunuh.