1.17.2009

CHIKUNGUNYA

Sori kwn2 semua sbb lame xupdate blog ni..aku kne demam chikungunya..dah 3 hari..jd aku malas nk update..badan aku sakit semua..kjap panas kjap sejuk..ni baru ok sikit..

Ape tu Chikungunya???

Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam. Chikungunya tidak menyebabkan kematian dan adalah ’self-limiting’ ataupun sembuh dengan sendiri. Pesakit cuma memerlukan rawatan simptomatik dan rehat secukupnya, namun gejala sakit sendi boleh berlarutan bagi pesakit yang telah berumur. Rawatan hospital hanyalah untuk keadaan tertentu sahaja. Pesakit kebiasaannya memperoleh imuniti sepanjang hayat. Sepertimana jangkitan virus lain, tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Cara paling berkesan untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kita.

jadi berhati-hatilah korang semue dgn chikungunya ni..mmg sekse kalau kne..

No comments: