1.09.2009

PROTES DI KEDUTAAN AS

Ribuan orang berhimpun di luar kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak tengahari tadi sebagai membantah serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.

anti israel protest us embassy 090109 09Menurut saksi, kira-kira 5,000 orang menyertai perarakan dari bangunan Tabung Haji - yang terletak tidak sampai satu km dari kedutaan Amerika - selepas solat Jumaat.

Perarakan tersebut dianjurkan oleh Gabungan NGO Prihatin yang turut disertai oleh penyokong parti PAS.

Di sepanjang jalan, mereka melaungkan slogan anti-Amerika dan anti-Israel.

Delegas 15 orang yang diketuai oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kemudiannya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika.

Mereka mensasarkan kedutaan Amerika kerana negara itu merupakan rakan sekutu Israel.

Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan oleh itu, negara Yahudi itu tidak mempunyai kedutaan di Malaysia. - dipetik dari Malaysiakini


hatta says : bile la semue ni akan berakhir??same2 la kite mendoakan keselamatan org islam Palestin..

No comments: